I made this widget at MyFlashFetish.com.

Photobucket

Search This Blog

Thursday 14 April 2011

Musim Peperiksaan telah Tiba


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
KONSEP KECEMERLANGAN

Kita sedia maklum bahawa
Allah telah menciptakan manusia
Dalam keadaan cemerlang.
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah
Didalam firmannya yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia
dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
(Surah Attin-ayat 4)
Oleh itu manusia berhak mencipta kecemerlangan.

KECEMERLANGAN ADALAH MENJURUS KEPADA KOMPONEN BERIKUT:
1. Pelajar
2. Ibubapa
3. Guru
4. Sekolah
5. Kurikulum
6. Masyarakat

KECEMERLANGAN ADALAH MERUPAKAN GABUNGAN:
1. Cemerlang dari segi akademik
2. Cemerlang dari segi sikap/keperibadian/sahsiah
3. Cemerlang dari segi amalan dan pengabdian terhadap maha pencipta iaitu
ALLAH SWT

MENGAPA KITA MESTI CEMERLANG?
1. Manusia dilahirkan cemerlang sesuai dengan peranannya sebagai khalifah di muka bumi ini.
2. Ingin membela maruah diri dan keluarga serta menjamin masa depan yang baik.
3. Demi kegemilangan agama, bangsa, umat, dan negara.

CIRI-CIRI KECEMERLANGAN
1. Generasi muslim / muslimat (beriman dan bertaqwa)
2. Berilmu (mencari ilmu sepanjang hayat- Fardhu Ain / Fardhu Kifayah)
3. Bercita-cita tinggi (mempunyai wawasan hidup- kebahagian di dunia dan di
akhirat
4. Generasi Amali (Penghayatan ilmu)
5. Generasi Seimbang (Rohani, Jasmani, Mental dan Emosi)
6. Generasi Dakwah ( Amar Maaruf nahi mungkar)
7. Generasi Bersyukur dan Bertaqwa (usaha yang berterusan, bersistem, berdoa
dan bertawakkal)

Ana mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester II 2010/2011 kepada semua mahasiswa dan mahasiswi uthm! lakukan yang terbaik dikalangan yang terbaik..anda mampu melakukannya..Bak kata pepatah" belakang parang kalau diasah akan tajam juga"
insyaallah semoga kamu semua berjaya di dunia dan diakhirat..amin!

Sedikit Peringatan!
Dalam sibuk belajar dan mengulangkaji pelajaran, jangan lupa kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah yakni bersolat! Dengan bersolatlah sebenarnya kita akan menuju kejayaan mahupun duniawi atau ukhrowi.

"Haiya alas solah... haiya alal falah"
Marilah menunaikan solat dan marilah menuju kejayaan..

Tunaikan solat dahulu baru kejayaan akan menyusur..dalam azan sendiri islam telah mengingatkan kita..jadi marilah sama-sama kita ingat mengingati sesama kita dalam melakukan amal soleh..Ingatlah, shabat-sahabatku sekalian, semakin susah dan sukar kita hendak melakukan amal soleh, semakin besar ganjaran pahala yang Allah akan berikan kepada kita. Oleh itu, tanamkan dalam diri kita untuk memperbanyakan amal kebaikan dan berlumba-lumba dalam mencari redha ALLAH.

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
(yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya.."
(surah Al Mu'minuun: ayat 1-2)

wallahualam!

No comments:

Post a Comment