I made this widget at MyFlashFetish.com.

Photobucket

Search This Blog

Saturday 24 December 2011

"12 BARISAN"


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian  datang berbaris-baris " Surah an-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.  Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KEDUA
diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah  neraka..."
 
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka  inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka..."
 


BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru  sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KESEPULUH
D
iring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi  mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
 
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....
 
Wallahua'alam.



"Muhasabah Diri"

Awak tgk orang kwin (muda) ,awk pon tringin kwin muda atau lebih tepat ingin kwin cepat..
Awak ada hajat penting,awk nak sangat2 Allah cepat makbulkan..
Tapi sedarkah kalian,semuanya kita nak..nak..nak cepat dari Allah?
Tak salah untuk kwin dan mempunyai zuriat tetapi mari kita "CHECK" in diri sikit..

...Bilamana Allah memanggilmu untuk solat,adakah dirimu cepat2 prgi mengadapNya?Adakah solat di awl waktu?Atau berlengah2 melayan FB?

Bilamana Allah menunggumu untuk mendengar hajatmu di sepertiga malam, adakah dirimu bangun bertemuNya?

Bilamana Allah membenci perbuatan maksiatmu, adakah kamu meninggalkannya?

Bilamana Allah cintakan amalan sunat, adakah dirimu berusaha melakukannya?

Bilamana Allah memerintahkanmu agar menutup aurat,adakah kamu mematuhinya?

WALHAL,kamu memerlukanNYA...Tetapi kamu sendiri yang melanggar perintahNya
Mari kita muhasabah diri balik...

Sepanjang hidup kita selama bertahun2 di muka bumi Allah ini,pernah tk kita tinggalkan solat?Kalau tk pernah,syukur alhamdulillah..:-)

Tetapi,pernah tk kita lengah2kan solat? SOLAT SUBUH kita pukul berapa?
Masuk organisasi Islam, tetapi solat Subuh pukul 6.55 pg
Errr..mcm mana ni ??? (tp tk semua,nti sy kena marah plak)

Sepanjang hayat kita ini,pernah tk sekali bangun bertahajud pada Allah?pernah tk sekali?
Alhamdulillah dan tahniah pada anda semua yang sentiasa melakukan tahajud
Itu tandanya "ROH" anda sihat dan kuat..:-)

Sepanjang hayat kita ini,hanya Allah dan kita saja yang tahu apa dosa yang pernah kita lakukan..
Sudahkah dirimu bertaubat dengan taubat Nasuha?
Atau bertaubat kemudian buat balik dan bertaubat semula?

Dalam solat kita sudah berjanji pada Allah..
Apa yang kita janji?
"Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanya kepada Allah"

Kalau macam tu,kenapa masih lagi tidak menutup aurat?
Bahkan sudah menjadi "TREND" di IPT untuk tidak memakai tudung dan mempunyai kumpulan tersendiri
Masa zaman persekolahan, pakai tudung..bila masuk IPT?TUDUNG?
OOO...Tudung tertinggal kt kampung kot....

Ayuh saudaraku sekalian, Allah itu Maha Baik
Allah amat menyayangimu...
Usah dikejar cinta yang tidak pasti
Andai sudah sampai waktunya, dan bilamana Allah menghendaki
YAKINLAH...PASTI TERJADI
Cuma yg pling pnting ,jagalah HUBUNGANMU DENGAN KEKASIHMU IAITU ALLAH...

wallahualam.....

Thursday 24 November 2011

Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling cool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?

jeng, jeng,jeng....hihi
...jawapanya senang je...
Dia adalah LELAKI YANG MAMPU MENJADI IMAM..

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi lelaki yang cool, paling macho, paling tampan dan hebat adalah hanya kerna dia mampu jadi Imam!

Lelaki adalah PEMIMPIN kepada keluarga. Lelaki yang mampu menjadi Imam kepada keluarganya bukan sahaja akan berusaha gigih membentuk diri sebagai seorang mukmin yang sejati, tetapi beliau juga tidak akan lupa untuk membawa keluarganya ke gerbang kejayaan hakiki..iaitu SYURGA! ~~~

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”

(Surah al-Furqan ayat 74)

So,kaum Adam diluar sana..sila lah sahut cabaran ini untuk menjadi lelaki paling cool dan macho! yeah! you can do it! hihi..
"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni ku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."
 

Tuesday 15 November 2011

"Nilai Seorang wanita Solehah"


             Jadilah seorang wanita solehah, Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya, Matanya kepenatan kerana membaca Al-Qur'an, Suaranya lesu kerana penat berzikir, Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan, Bangunnya Subuh penuh kesigapan.
Kerana dia sadar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia. Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.. Jadilah seorang wanita solehah. Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, Kerana dia mengimpikan syurga Allah.. Insya Allah..

Jadilah kamu wanita yang hebat, dunia akhirat, penyeri keluarga, akal biarpun senipis helaian rambut, bekalkan lah ia,penuhilah ia penuh ilmu agama, muslimah solehah penyeri keluarga, penyeri hidup si kaum adam, hebat kan diri mu dangan pelbagai pekara, biar di dalam dada mu penuh dengan kalam Allah, wahai an nisaa’ biarpun kamu menjadi pandangan, perhatian ramai lelaki, jadilah kamu muslimah yang dapat merendah kan padangan adam kepada mu kerana kemuliaan yang ada pada mu, supaya pandangan mereka mengingati PENCIPTA mu wahai an nisaa’.

Sebaik hiasan di dunia adalah wanita solehah, kejadian mu dari adam dengan penuh rahsia, hanya Allah tahu kelebihan yang ada pada mu, hawa jadi lah kamu muslimah solehah, mukminah, yang mendamba kan cinta Allah, yang sentiasa memburu syahid di jalan Nya, wahai muslimah, jadi lah kamu ketua bidadari di syurga kelak, hebat kan diri mu sampai membuat kan bidadari di syurga cemburu akan kemuliaan yang ada pada mu wahai muslimah. wallahualam..

Wednesday 26 October 2011

" Seseorang sedang menungguku "

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..(T__T)

"orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung munajab dan doa kamu"..subhanallah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..

aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bagi brtemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sntiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapt brtemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mngimpiknmu mnjadi zauj"..amin ya rabbi..

ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati..

aku yg jahil : apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?

qolbi : 
seseorang yang soleh pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi solehah.

aku yang jahil : masya Allah, astaghfirullah...apakah dia masih setia menunggu aku?

qolbi : segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..apakah aku kini masih berpeluang utk dlm menerima lamarannya?

qolbi : sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi?

qolbi : bukan kamu yang memutuskan apakah kamu solehah atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi solehah, bukan membuat keputusan yang kamu solehah..selagi mana kamu memikirkan apakah aku solehah atau tidak, maka selagi itu lah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, apakah aku dapat mendapat adam yang rajin beramal ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T

aku yang jahil : subhanallah..apakah boleh aku niat dihati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang soleh?

qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui dari mu apakah amalan mu itu diterima atau tidak atau bagaimana...tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya..bukan mempersoalkannya..

aku yang jahil :
 astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...
qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamanya..

aku yang jahil : astaghfirullah..syukri fillah...

wallahua'lam..

"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..



"andai kehadiran insan yang bergelar zauj menyebabkan aku semakin jauh dengan-Mu, maka usah hadirkan ia kepadaku ya Allah, aku tidak sanggup untuk menukar cinta kepada-Mu dengan cinta kepada makhluk-Mu"..astaghfirullah..(T__T)

Tuesday 25 October 2011

~Ibadah Haji~


Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami dan beliau bersabda, 'Wahai segenap manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji atas kalian, maka berhajilah.' Seorang berkata, 'Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun?' Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali. Maka Rasulullah saw. bersabda, 'Jika saya mengatakan 'ya' berarti menjadi wajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya.' Kemudian baginda bersabda, 'Laksanakanlah apa yang telah kuperintahkan kepada kalian. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kalian ialah karena mereka banyak bertanya kepada nabinya. Apabila aku menyuruh kalian melakukan sesuatu, maka kerjakanlah semampu kalian, dan jika aku melarang kalian melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia'" (HR Muslim)

Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa hendak melaksanakan haji, hendaklah segera dia lakukan, kerana terkadang seorang itu akan sakit, binatang kendaraannya hilang dan adanya suatu perkara yang menghalang.” (HR. Ibnu Majah dalam Shahih Ibnu Majah, no. 2331)

Dari Ibnu Abbas, dia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Bersegeralah melakukan haji (yaitu haji yang fardhu) karena kalian tidak tahu apa yang akan menimpa diri kalian." (HR Ahmad)

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke Baitullah) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan dan cerok rantau yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana kurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban, dengan yang demikian makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” (Al Hajj : 27 - 28)

Allah berfirman: “…Ibadah haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Sesiapa mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesuatu dari seluruh alam.” (Ali-Imran: 97)



لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَلَكَ
Labbai kallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak


Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu
yang tiada sekutu bagi-Mu

wallahualam...

Tuesday 11 October 2011

~WASIAT LUQMAN KEPADA ANAK-ANAKNYA~

Permasalahan Pertama:
Perkara pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah jangan Syirik kepada Allah s.w.t.. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah s.w.t. adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!
                        Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal demikian!
                        Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapa syirik dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa Allah s.w.t.lah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah s.w.t. jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah s.w.t. ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah s.w.t. dengan kuasa yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!!
                        Allah s.w.t. sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman. aitulah meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya.
Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:
                        "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar."

 Permasalahan Kedua:
                        Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandungi erti: Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepadaNya dengan melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepadaNya, menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepadaNya yang Maha Esa.
                        Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang dipuji pabila bersifat dengan sifat atau sifat-sifat yang baik. Hatta yang dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji. Dan peringatan 'kesyukuran' kepada Allah s.w.t. ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari Qiamat. Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah s.w.t.,maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas kekufuran dan keingkaran.
Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya...Bersyukurlah kepadaku dan...Kepadaku tempat kembali.".

Permasalahan Ketiga:
                        Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam.
                        Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.
                        Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"

Permasalahan Keempat:
                        Luqman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah s.w.t. dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah s.w.t.
                        Akan tetapi sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,menghormati dan berkhidmat kepada mereka.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui ,janganlah dituruti;dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut"

Permasalahan Kelima:
                        Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali bertaut kepada Allah s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus (jalan yang Allah s.w.t. anugerahkan nikmat kepada mereka).Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah s.w.t. dan mereka yang sesat!
                        Mereka yang kembali kepada Allah s.w.t ini terdiri dari kalangan para Rasul, Nabi, orang benar dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhsanan dari kalangan orang mukmin.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan turutlah jalan orang yang kembali kepadaKu "

Permasalahan Keenam:
Luqman berpesan kepada anaknya supaya melakukan 'pemerhatian' tentang Hari Qiamat,urusan al- Qadha',pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Nanti kamu akan kembali kepadaKu dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"

Permasalahan Ketujuh:
                        Luqman menerangkan kepada anaknya akan 'syumul'nya Ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Allah s.w.t. mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak mampu dibuat oleh makhluk.
                        Sesuatu kebaikan,kejahatan,kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat yang tinggi seperti langit atau jauh berada di sedalam-dalam tempat seperti di dasar bumi akan didatangkan oleh Allah s.w.t. jua pada Hari Qiamat untuk dihisab / dihitung dan diberi ganjaran dosa atau pahala.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud:
"(Kata Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tesembunyi) dalam batu,di langit atau di bumi ,itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Cukup Tahu"

Permasalahan Kelapan:
                        Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul).
                        Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah dan QudratNya yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu antaranya solat / bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Hai anakku! Dirikanlah solat/sembahyang "

Permasalahan Kesembilan:
                        Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf / kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi…
Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Suruhlah mengerjakan yang baik,cegahlah perbuatan yang buruk"

Permasalahan Kesepuluh:
                        Luqman menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri samada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri,harta,suami isteri dan anak-anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat,pemberi ingatan ,pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan apabila pendakwah mengajak manusia kepada Agama Allah iaitu Islam serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan.
                        Dimulakan wasiat dengan arahan solat / bersembahyang dan ditamat dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar merupakan asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.
                        Secara jelas dapat difahami ,bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam 'perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap keazaman'.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau;sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh"

Permasalahan Kesebelas:
                        Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan manusia.
                        Luqman berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerna ia menunjukkan sifat takabbur dan menghina(merendah-rendahkan seseorang). Jangan takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan memaling muka,membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Akan tetapi sentiasalah tawadhuk(merendahkan diri) ,berlembut,manis bicara,senang diajak berbicara,seronok diajak berbicara,riak muka yang gembira,seronok ,ramah dan menjadi pendengar yang baik.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan"

Permasalahan Kedua Belas:
                        Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana ia mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan .Dengan ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan sombong yang melebihi had syara'.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri"

Permasalahan Ketiga Belas:
Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakaan 'zuhud'. Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana sekeliling.Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan laju merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang,beraqal dan diri yang cergas dan sihat.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan besederhanalah dalam berjalan"

Permasalahan Keempat Belas:(terakhir)
Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan.Diterangkan dalam wasiat ini ,bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk ,dikecam ,tidak disukai dan buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak /melalak.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar"
wallahualam...

Sunday 18 September 2011

SAMBUTAN AIDILFITRI MENURUT PERSEPSI ISLAM


Print
Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “...supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya...” (Surah Al-Hajj, ayat 37)
Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir bagi memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa. Lafaz takbir mengandungi pengertian yang sangat penting dalam menyucikan hati daripada sifat keji, terutama syirik, bongkak dan sombong. Umat Islam disunatkan terus bertakbir bermula selepas Maghrib menjelang malam hari raya pertama hingga imam selesai membaca khutbah selepas solat sunat hari raya keesokannya.
Dalam ertikata sebenarnya, Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw) bersabda:
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".
Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)
Jelas di sini, Aidilfitri bagi umat Islam bukan sekadar satu perayaan, adat atau budaya.
Ia juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadan.
Dalam kita menyambut 1 Syawal, sayugialah umat Islam semuanya mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam sambutan Aidilfitri. Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.
Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga, umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.
Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27)


Perkara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat handai.
Firman Allah bermaksud: "Takutilah Allah Subhanahu wa Taala yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.”
– (Surah An-Nisa': 1) 

 
Kesimpulannya, sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


 

Rumah Menurut al-Qur’an

 
         Adalah fitrah setiap makhluk untuk membangun tempat tinggal yang dijadikan sebagai tempat beristirahat dan melindungi diri, walaupun dalam bentuk dan ukuran yang berbeda-beda sesuai kemampuan setiap makhluk itu sendiri. Jika pada binatang tempat tinggal itu disebut sarang, maka manusia menyebutnya dengan istilah rumah. 

Al-Qur’an memperkenalkan dua istilah untuk menyebut tempat tinggal atau rumah. Pertama, disebut dengan bait seperti yang terdapat dalam surat an-Nahl [16]: 68

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ
Artinya : “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.”

Bait secara harfiyah berarti tempat bermalam. Rumah disebut bait karena memang berfungsi bagi pemiliknya untuk tempat bermalam dan beristirahat dari kesibukan. Hal ini juga sama seperti yang dilakukan binatang, seumpama burung yang kembali ke sarangnya di sore hari untuk bermalam dan beristirahat. Di samping itu, rumah dalam bentuk bait juga berfungsi melindungi pemiliknya dari berbagai gangguan luar, seperti panas, dingin, dan serangan makhluk lain. 


Seperti yang terdapat dalam surat al-Baqarah [2]:125
وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا...
Artinya: “Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman……”


Sebutan lain yang diperkenalkan Allah swt untuk menyebut rumah adalah maskan. Seperti yang terdapat dalam surat an-Naml [27]: 18
حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَاأَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
Artinya : “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.”

Dalam surat at-Taubah [9]: 72 Allah swt juga berfirman
وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Artinya : “Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mu'min lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di syurga `Adn. Dan keridhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar.”

Kata maskan berasal dari kata sakana yang berarti tenang, tentram, dan bahagia. Oleh karena itu, rumah dalam pandangan al-Qur’an bukan hanya berfungsi sebagai tempat bermalam, tempat beristirhat atau tempat berlindung. Tetapi lebih jauh, rumah berfungsi sebagai tempat mencari ketenangan dan kebahagian batin. Di dalam rumah (maskan) inilah manusia membangun keluarga sakinah, yaitu tatanan keluarga yang membawa kebahagian dan ketenangan hati.
Jika rumah hanya dijadikan bait, maka tidak jarang rumah dirasakan seperti di neraka. Itulah yang digambarkan Tuhan dalam surat al-Ankabut [29]: 41
...وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Artinya: “…Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah (rapuh) adalah rumah laba-laba kalau mereka mengetahui.”
Rumah laba-laba bukan hanya rapuh secara struktur, karena tidak mampu melindungi penghuninya dari segala macam gangguan luar seperti panas, dingin dan sebagainya. Namun, rumah laba-laba juga rapuh dari sisi penghuninya. Hasil penelitian membuktikan, bahwa laba-laba betina setelah melakukan perkawinan langsung membunuh laba-laba jantan. Begitu juga anak laba-laba, berjumlah sangat banyak namun diletakan dalam wadah yang kecil dan sempit, sehingga seluruh anaknya terlibat saling injak dan saling tindas, yang menyebabkan lebih separuh anaknya mati karena pertarungan sesamanya. Begitulah perumpamaan rumah yang rapuh, jauh dari kebahagian dan ketenangan.
Oleh karena itu, jadikanlah rumah kita sebagai maskan, tempat menemukan ketenangan dan kebahagian hidup. Janganlah jadikan rumah sekedar tempat singgah, tempat bermalam atau tempat berlindung saja (bait), seperti yang dilakukan oleh binatang. Rumah bagus tentu sangat perlu sebagai sarana memperoleh kebahagiaan hidup, akan tetapi bagus jika tidak membawa ketenangan dan kebahagiaan juga tidak baik. Biarlah tinggal di rumah yang sederhana, namun bisa memperoleh ketenangan dan kebahagiaan padanya. Sehingga, rumah betul-betul menjadi maskan. Salah satu cara menjadikan rumah sebagai tempat memperoleh ketenangan, atau menjadikan rumah sebagai tempat yang menyenangkan, adalah seperti yang diajarkan Rasulullah saw dalam sebuah haditsnya

اكثروا من تلاوة القرآن في بيوتكم فإن البيت الذى لا يقرأ فيه القرآن يقل خيره ويكثر شره ويضيق على اهله
Artinya: “Perbanyaklah membaca al-Qur’an di rumah kamu, sebab rumah yang tidak pernah dibaca al-Qur’an padanya sangat sedikit kebaikan rumah itu, sangat banyak kejahatannya, dan membuat penghuninya merasa sempit.” 


wallahualam bissowab...



AL-FALAH SEBAGAI MATLAMAT HIDUP MUSLIM



Manusia sepanjang masa berada dalam kesibukan. Berkejar ke sana ke mari kadang-kadang tanpa mengenal malam atau siang.  Bila diajukan persoalan, mengapa manusia sedemikian rupa ?  Apakah yang dicari oleh manusia dalam kehidupan ini ?  Sehingga sebahagian mereka sanggup bekerja lebih masa (over time) dan kadang-kadang selepas melakukan over time  ada di kalangan mereka yang melakukan kerja-kerja sambilan (part time) dengan berniaga atau sebagainya.  Jawapan yang selalu diterima dari persoalan-persoalan tersebut ialah untuk mengumpul harta kekayaan, atau untuk mengejar kenaikan pangkat dan sebagainya.


Apabila kita bertanya lagi untuk apa harta kekayaan atau pangkat dan kedudukan. Sebahagian akan menjawab, untuk membeli rumah yang besar dan selesa, untuk membeli kereta baru atau sebagainya. Semua itu adalah untuk kemewahan, kesenangan, atau mungkin juga sebagai lambang kemegahan dalam kehidupan di dunia. Tanpa berfikir lebih jauh mereka mudah memberikan jawapan.  Sedangkan bila ditanya lagi untuk apa sebenarnya kesenangan, kemewahan atau kemegahan itu ?  Di sini barangkali sebahagian dari kalangan manusia sukar untuk menemukan jawapan. Mungkin mereka akan mengatakan kemewahan untuk kesenangan atau mungkin kemewahan untuk kemegahan.  Sebenarnya kebanyakan manusia masih tercari-cari jawapan yang pasti.

Bagi seorang mukmin persoalan apakah yang di cari dalam kehidupan ini tentu mudah sahaja memperolehi jawapan kerana setiap hari mereka diseru ke arah itu.  Malah sejak mula kelahiran lagi setiap bayi telah disuntik dengan ‘hayya ‘ala al-falah’, -mari kita menuju kemenangan (kejayaan ).  Setiap Muslim telah menerima seruan itu dan setiap Muslim sewajarnya telah tertanam semangat dan falsafah al-falah tersebut dalam diri dan seluruh kehidupan mereka seharian.

Sebenarnya kemenangan atau al-falah berkait rapat dengan matlamat unggul dari kehidupan insan iaitu al-sa’adah (kebahagian) dan al-salamah (kesejahteraan) dalam kehidupan.  Dalam erti kata lain bahawa kejayaan, kemenangan atau al-falah menjadi syarat utama bagi manusia mencapai kebahagian dan kesejahteraan dalam hidup baik dalam  kehidupan di dunia mahupun di akhirat yang abadi.  Pengertian dari konsep al-falah dalam pandangan hidup (world view) Islam adalah mudah. Ianya lawan dari satu sifat atau keadaan yang disebut sebagai al-khusran (kerugian) yang menurut pandangan Islam juga melibatkan kehidupan di dunia dan di akhirat.  Ini bermakna,  bukanlah kekayaan harta atau ketinggian pangkat menjadi tanda seseorang itu mencapai kemenangan. Begitu juga dengan mereka yang mencapai apa yang diimpikan dalam dunia material belum tentu mereka boleh dikira mencapai kemenangan.   Oleh itu seorang yang memperolehi kemenangan atau al-Falah  adalah mereka yang dikurniakan dengan nilai al-sa’adah dalam kehidupan meskipun mungkin mereka tidak memiliki harta yang banyak atau kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

Di dalam al-Quran banyak ayat yang menyebut pengertian mengenai konsep al-falah dan al-khusran serta ciri-ciri dan pra-syarat bagi mencapai al-falah dan mengelakkan diri dari terjebak ke dalam gejala khusran.  Secara umumnya semua manusia akan terjatuh ke dalam al-khusran melainkan apabila mereka memenuhi segala pra-syarat yang ditetapkan bagi mencapai al-falah. Hal ini disebut di dalam al-Quran seperti firman Allah (al-‘Ashr,103:2) mafhumnya:
            “Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh dan saling berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.”

Persoalan di hadapan kita sekarang ialah mengapa kebanyakan manusia tidak mencapai al-Falah  sebaliknya mudah pula terjatuh ke lembah khusran.   Sedangkan manusia adalah makhluk terbaik ciptaan Tuhan.  Mereka dikurniakan dengan segala kesempurnaan meliputi mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan akal pemikiran untuk mereka berfikir tentang kebenaran dan kebaikan,  tentang yang mana   baik dan yang mana buruk.  Malah mereka dicipta dengan satu fitrah yang murni pada asalnya iaitu fitrah melihat yang baik itu baik lalu suka untuk mencapai kebaikan tersebut, dan melihat yang buruk itu buruk lalu membenci keburukan dan berusaha untuk menolaknya sejauh-jauh dari kehidupan.

Berfikir tentang kesempurnaan manusia sebagai satu ciptaan Tuhan kita akan mendapati bahawa mereka berbeza dengan makhluk-makhluk yang lain seperti malaikat, haiwan, tumbuhan dan jamadat  (benda-benda beku). Allah mengurniakan malaikat dengan akal dan hikmah, mereka tidak dikurniakan dengan tabiat nafsu syahwat. Haiwan  pula dikurniakan dengan nafsu dan tabiat tetapi tidak dikurniakan dengan akal dan hikmah. Manakala tumbuhan dan  jamadat  pula langsung tidak dikurniakan dengan tabiat dan nafsu apatah lagi akal dan hikmah.  Berbeza dengan makhluk manusia di mana mereka dikurniakan dengan semua unsur tersebut iaitu akal, hikmah, tabiat dan syahwat.

Manusia akan menjadi makhluk yang sempurna apabila mereka menggunakan segala unsur tersebut dengan kadar yang seimbang dan sederhana. Dengan erti kata yang lain kesemua unsur tersebut sengaja dikurniakan Allah untuk membantu manusia mencapai al-falah  dalam kehidupan.  Sebaliknya apabila kelebihan-kelebihan tersebut tidak digunakan dengan sempurna dan tidak seimbang maka ia akan menjadi penyebab kepada jatuhnya manusia ke lembah  khusran  sebagaimana firman Allah (al-Quran, al-Tin,95: 4-5) mafhumnya:
“Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Kemudian Kami humbanghkan mereka ke tempat yang paling rendah.”

Di antara ciri al-khusran (mereka yang rugi) disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith ialah:

1.       Kufur kepada Allah dan Kitab-Nya

Kekufuran kepada Allah dan Kitab yang diturunkan kepada rasul-rasul yang diutuskan merupakan penyebab utama manusia jatuh ke lembah al-khusran. Hakikat ini banyak kali dijelaskan di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah (al-Quran, al-Baqarah,2:121) mafhumnya:
“Orang-orang yang telah Kami berikan al-Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar, mereka itu beriman kepadanya.  Dan barang siapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”

Dan firman Allah (al-Quran, al-‘Ankabut,29:52) mafhumnya:
“Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil serta ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi.”

Allah Taala menjelaskan di dalam al-Quran bahawa di sana terdapat satu golongan manusia yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul serta kitab suci yang diturunkan tetapi bukan dengan hati yang tulus.  Sebaliknya mereka beriman hanya sekadar untuk mendapatkan kepentingan dan habuan di dunia semata-mata.  Sebenarnya keimanan dan amalan-amalan yang dilakukan tidak akan mendatangkan sebarang hasil malah mereka termasuk di kalangan orang yang rugi. Firman Allah (al-Quran, al-Hajj,22:11) mafhumnya:
“Di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan tidak sepenuh hati, maka jika ia memperolehi kebajikan (dengan amalan yang dilakukan), tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh satu bencana, berbaliklah ia ke belakang (kembali kafir), rugilah dia di dunia dan akhirat. Yang demikian adalah kerugian yang nyata.”


2.      Menjadikan syaitan sebagai pelindung dan ikutan.

Mereka yang rugi bukan sahaja terdiri dari kalangan mereka yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul serta kitab-kitab-Nya tetapi juga menjadikan syaitan sebagai ikutan sedangkan syaitan  sentiasa berusaha memperdaya manusia dan memalingkan mereka dari jalan kebenaran. Iblis dan syaitan telah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan manusia dari jalan kebenaran seterusnya memastikan mereka tidak mencapai kemenangan dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Ini dapat dilihat melalui ayat (al-Quran, al-Hijr,15:39) mafhumnya:
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku oleh kerana engkau telah putuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi.  Dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

Itulah gambaran kedegilan Iblis di hadapan Tuhan.  Sifat degil sedemikianlah juga yang diwarisi oleh manusia yang menjadikan syaitan sebagai ikutan sehingga mereka melihat yang buruk itu sebagai baik dan maksiat sebagai sesuatu yang digemari. Mereka tidak pernah mahu mempertimbangkan sesuatu yang dilakukan itu sama ada baik atau buruk  dan mereka sekali-kali tidak mahu bertaubat.
Firman Allah (al-Quran, al-Mujadalah,58:19) mafhumnya:
Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa dari mengingati Allah, mereka itulah golongan syaitan.  Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi.”

Dan firman Allah (al-Quran, al-Nisa’,4:119) mafhumnya:
“Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.”

Al-Quran telah menegaskan bahawa golongan pengikut syaitan pasti akan berhadapan dengan kerugian.  Di dunia mereka akan menjadi sampah kepada masyarakat dan umat manusia seluruhnya manakala di akhirat mereka yang berhadapan dengan kerugian yang paling besar.

3.      Melanggar perjanjian dengan Allah serta melakukan kerosakan di muka bumi.

Allah berfirman di dalam al-Quran (al-Baqarah,2:27) mafhumnya:
(iaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi.  Mereka itulah orang-orang yang rugi.”

Di antara perjanjian (mithaq) mereka dengan Allah ialah untuk beriman dengan-Nya dengan sebenar-benar keimanan, beramal dengan segala yang diperintahkan dan menyampaikan segala kebenaran yang datang dari Allah dengan tidak menyembunyikannya sedikitpun.  Allah berfirman (al-Quran, ali Imran,3:186) mafhumnya:
Dan ingatlah ketika Allah mengambil janji dari mereka yang telah diberikan al-Kitab, iaitu: “Hendaklah kamu menyampaikan isi al-Kitab dan janganlah kamu menyembunyikannya,” lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang dan mereka menjualnya dengan harga yang sedikit.  Amatlah buruk tukaran yang mereka terima.”

Di samping itu mereka juga sering melakukan kerosakan di muka bumi dengan cara melanggar perintah-perintah Allah, meminda hukum-hukum Allah bagi memenuhi hawa nafsu baik dalam keadaan mereka menyedarinya ataupun tidak.  Allah berfirman di dalam al-Quran (al-Baqarah,2: 11-12) mafhumnya:
“Dan bila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab sesungguhnya kamilah orang-orang yang melakukan perbaikan.  Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang melakukan kerosakan tetapi mereka tidak sedar.”

4.      Rasa aman dari azab Allah

Di kalangan manusia juga terdapat satu golongan yang bukan sahaja tidak mahu beriman dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada mereka, malah sebaliknya mereka berbangga dengan dosa-dosa yang dilakukan.  Setiap peringatan yang ditujukan kepada mereka hanya ibarat debu yang berterbangan dibawa angin. Keadaan seumpama itu berlaku akibat dari tidak berimannya mereka kepada hari pembalasan atau kerana sifat angkuh dan takabbur yang menguasai diri sehingga mereka merasa aman dari ancaman azab dari Allah Taala. Allah berfirman (al-Quran, al-Ma’un,107:1-6) mafhumnya:
Tahukah kamu orang yang mendustakan agama (hari pembalasan), itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin, maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) yang lalai dalam solatnya, orang-orang yang berbuat riya’ ….”

Al-Quran al-Karim telah berulang kali menjelaskan akibat dari kesombongan dan keangkuhan manusia terhadap segala peringatan Allah serta merasa aman dengan dosa-dosa yang dilakukan bahawa sebenarnya mereka tidak merugikan sesiapa pun melainkan diri mereka sendiri. Firman Allah (al-Quran,al-A’raf,7:98-99) mafhumnya:
“Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari kedatangan seksaan Kami di malam hari di waktu mereka tidur? Atau apakah penduduk negeri itu merasa aman dari kedatangan seksaan Kami di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain?  Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah ?  Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang-orang yang rugi.”

5.      Golongan yang muflis di akhirat

Rasulullah saw di dalam satu hadith telah menjelaskan tentang golongan yang akan berhadapan dengan gejala khusran di hari akhirat iaitulah mereka yang membawa segala amalan kebajikan yang mereka lakukan sewaktu hidup di dunia tetapi dalam masa yang sama juga mereka melakukan kerja-kerja jahat yang melibatkan muamalah mereka dengan sesama manusia.  Golongan itu dianggap oleh Rasulullah saw sebagai golongan yang muflis.

Imam Muslim dan Ahmad meriwayatkan dalam satu hadith dari Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat:
Tahukah kamu siapakah yang dikatakan muflis ? Jawab para sahabat: Orang yang muflis pada pandangan kami ialah mereka yang tiada wang dan harta. Sabda Rasulullah saw.: Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang mengadap Allah pada hari kiamat dengan membawa amalan solat, puasa dan zakat (dan lain-lain amalan baik) tetapi dalam masa yang sama mereka mencaci, mengumpat, memakan harta orang lain (dengan jalan batil), menumpahkan darah dan menganiaya orang lain.  Lalu segala pahala amalannya diberikan kepada mereka yang dianiaya dan jika ianya masih tidak mencukupi untuk menebus segala kejahatannya dengan pahala amalan tersebut maka segala dosa-dosa orang yang dianiaya akan dipikulkan ke atasnya  dan kemudian mereka dicampak ke neraka.”

Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran dan hadith Rasulullah saw. ternyata bahawa gejala khusran  tidak hanya berlaku apabila manusia mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap Allah Taala  semata-mata, tetapi juga apabila manusia melakukan pencabulan ke atas hak dan kepentingan manusia dan makhluk-makhluk lain di muka bumi.  Allah mengutuk Yahudi Bani Isra’il kerana sifat mereka yang membelakangkan perintah Allah dan tidak menjaga hubungan sesama manusia dengan hubungan yang baik seperti firman-Nya (al-Quran, ali Imran,3:112) mafhumnya:
“Ditimpa kehinaanlah ke atas mereka di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah, dan tali (perjanjian) dengan sesama manusia.”


Ternyata dari penjelasan di atas bahawa manusia seharusnya menggunakan segala kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka dengan sebaiknya bagi tujuan mencapai matlamat al-falah.  Malahan di dalam al-Quran Allah menjelaskan yang mana dengan rahmat-Nya, Dia menyempurnakan nikmat untuk manusia sehingga segala sesuatu yang dicipta Allah di alam ini adalah untuk diambil manfaat oleh manusia sama ada secara langsung atau tidak.  Dimaksudkan dengan manfaat secara langsung ialah seperti bumi, tumbuhan dan air hujan yang mengeluarkan rezeki kepada manusia dan ternakan mereka, atau matahari dan bulan yang menghasilkan malam dan siang, hari, bulan dan tahun.  Manakala manfaat secara tidak langsung pula ialah segala ciptaan Tuhan yang tersusun, sempurna dan penuh harmoni itu bermanfaat untuk menjadi tanda dan bukti tentang kewujudan dan kebesaran Allah. Firman Allah (al-Quran, Luqman,31:20):
“Tidakkah kamu memperhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang ada di langit dan di bumi dan menyempurnakan untuk kamu nikmat-Nya zahir mahupun batin.  Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan.”

Dalam erti kata lain, manusia tidak akan mencapai al-falah jika tidak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada.  Mereka juga tidak akan mencapai al-falah jika hanya mengambil sebahagian dari kelebihan-kelebihan tersebut. Oleh kerana sifat dan tujuan manusia dicipta bukan untuk menjadikan diri mereka sebagai malaikat maka meninggalkan sebahagian dari empat unsur penting yang ada pada diri mereka iaitu akal, hikmat, tabiat dan hawa nafsu membuatkan manusia akan terperangkap dalam al-khusran.   Umpamanya manusia berhasrat untuk menjadi bersih dan luhur kehidupannya, lalu dengan hasrat tersebut dia hanya menggunakan unsur kemalaikatan semata-mata iaitu akal dan hikmah, di samping meninggalkan unsur-unsur kehaiwanan iaitu tabiat dan syahwat.  Manusia tersebut tidak akan menjadi malaikat malah tidak akan menjadi manusia yang sempurna (kamil) mengikut kehendak Allah.  Kerana tabiat dan nafsu itu sendiri dicipta Allah di dalam diri manusia agar ia menjadi alat dan kenderaan bagi manusia untuk mencapai keredhaan Allah.

Begitulah juga jika sebaliknya manusia hanya mengambil unsur-unsur kehaiwanan iaitu tabiat dan syahwat dan meninggalkan unsur-unsur kemalaikatan iaitu akal dan hikmat mereka akan terjebak dalam al-khusran.  Kerana apabila mereka hanya mengikut tabiat dan hawa nafsu semata-mata seumpama haiwan yang hidup di bumi bagi tujuan mencapai keseronokan dan kebebasan hidup, manusia tersebut tetap manusia dan tidak boleh disebut haiwan kerana mereka pasti akan dipertanggungjawabkan dengan perbuatan mereka di dalam kehidupan sedangkan haiwan tidak akan dipertanggungjawabkan dengan sebarang tanggungjawab.  Allah berfirman (al-Quran, Muhammad,47:12) mafhumnya:
Dan orang-orang yang kafir itu bersenang-senang di dunia dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang.  Dan neraka adalah tempat tinggal bagi mereka.”

Oleh yang demikian perlulah bagi setiap manusia memperhatikan  pernyataan-pernyataan al-Quran dan al-hadith mengenai al-falah dan al-khusran tersebut agar dengannya dapat menyelamatkan diri dari gejala al-khusran dan seterusnya akan memperolehi al-falah.  Di dalam al-Quran kita didedahkan dengan banyak sekali syarat-syarat al-Falah atau ciri-ciri mereka yang memperolehi kemenangan (al-muflihun). Secara umumnya al-Quran mengemukakan kaedah menuju al-falah meliputi penerapan segala nilai yang baik iaitu iman, taqwa, amal saleh, syukur dan zikrullah, tazkiat al-nafs, dan al-amr bi al-makruf dan al-nahy ‘an al-munkar.

1.      Iman dan amal saleh sebagai ciri paling asas untuk mencapai al-falah.

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa umat Islam sejak awal kelahiran lagi dituntun untuk mencapai al-falah.  Seruan tersebut diulang dan diulang saban hari iaitu melalui azan dan iqamah. Seruan hayya ‘ala al-falah  -mari kita menuju kemenangan- yang dialunkan telah terlebih dahulu diikat dengan seruan iman dan amal saleh yang menjadi pra-syarat paling asasi untuk mencapai al-falah. Di maksudkan dengan seruan iman ialah pengisytiharan atau pengakuan bahawa  -tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah-  sedang dalam masa yang sama pengisytiharan keimanan tersebut mestilah disertai dengan amalan saleh iaitu mengerjakan sembahyang.  Allah berfirman (al-Quran,al-‘Asr,103:1-3): mafhumnya:
“Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh…..”

Dalam ayat yang lain Allah Taala menyebut secara langsung ciri-ciri mereka yang dijanjikan dengan kemenangan iaitu (al-Quran, al-Mukminun,23:1-11) secara umumnya meliputi kreteria iman sebagai tunjang dan diikuti dengan amal saleh iaitu mendirikan solat dan khusuk dalam solat tersebut, meninggalkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah (lagha), mengeluarkan zakat (malah menjadikan zakat sebagai matlamat dalam melakukan pekerjaan), mengawal nafsu syahwatnya kecuali melalui jalan yang dihalalkan, memelihara dan menunaikan amanah dan janji apabila diberi amanah atau berjanji.

Sebenarnya iman bukanlah suatu pernyataan semata-mata dan bukan pula dengan angan-angan. Ianya memerlukan pembuktian iaitu dengan melaksanakan segala tuntutan iman baik dari sudut hati, lidah mahupun perbuatan zahir. Allah berfirman (al-Quran, al-Nuur,24:51) mafhumnya:
Sesungguhnya, jawapan orang-orang mukmin apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul agar Rasul mengadili di antara mereka ialah ucapan: Kami mendengar dan Kami taat. Dan mereka itulah sebenarnya orang-orang yang beruntung (menang).”


2.      Taqwa dan khasiat Allah sebagai jalan memperolehi al-falah.

Taqwa ialah satu sifat yang terpendam di dalam hati yang akan memanifestasikan amal. Iaitu melakukan segala yang diperintah oleh Allah dan meninggalkan segala larangannya di samping sentiasa berwaspada dan bersedia untuk menghadapi maut yang tidak diketahui bila kedatangannya melainkan Allah. Ubai bin Ka’ab ketika di tanya oleh Amir al-Mukminin saidina Umar Al-Khattab mengenai konsep taqwa yang sebenar berkata: “Pernahkah Amir al-Mukminin berjalan di waktu malam di kawasan yang berduri ?” Jawab Umar: Ya. Kata Ubai: Bagaimana keadaan Amir al-Mukminin waktu itu ?” Jawab Umar: Sudah tentu aku akan berhati-hati.” Kata Ubai: Itulah makna taqwa, iaitu sentiasa berwaspada kalau-kalau berlaku kesalahan walaupun tanpa disengajakan.”

Perasaan taqwa sebenarnya meliputi khasiat Allah (takut kepada Allah), cinta dan raja’ (harap).  Takut kepada ancaman dan murka Allah serta takut akan jauh dari rahmat Allah.  Keadaan ini timbul lantaran cinta dan raja’ kita kepada Allah Taala dan ianya hanya terhasil apabila manusia benar-benar mengenali Allah SWT.  Firman Allah (al-Quran, Fatir,35:28) mafhumnya:
“Sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah di kalangan hamba-Nya ialah orang yang berilmu (ulamak).”

Sebenarnya hanya iman yang sebenar yang terhasil dari ilmu sahaja yang akan melahirkan nilai taqwa dalam diri seseorang. Sedangkan taqwa sendiri menjadi neraca paling utama untuk menilai kemuliaan seseorang di sisi Tuhan.  Dalam erti kata lain hanya iman dan taqwa akan memastikan seseorang itu berjaya mencapai al-falah di dunia mahupun di akhirat.  Firman Allah (al-Quran, al-Hujurat,49:13) mafhumnya:
Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.”

Allah SWT  menjanjikan dengan janji kemenangan kepada mereka yang bertaqwa sebagaimana firman-Nya (al-Quran, al-Nuur,24:52) mafhumnya:
 “Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah serta bertaqwa kepada-Nya, mereka adalah orang-orang yang akan memperolehi kemenangan.”

 Janji kemenangan oleh Allah kepada hamba yang bertaqwa bukan sahaja berlaku di akhirat tetapi juga di dunia.  Mereka akan diberikan kelapangan dalam hidup, diberi jalan keluar untuk menghadapi sesuatu masalah dan kebuntuan serta dimurahkan rezeki yang mana kadang-kadang datangnya dari jalan yang tidak disangka-sangka oleh akal pemikiran manusia.  Sebaliknya ancaman Allah berlaku ke atas manusia apabila manusia kufur dan tidak mahu bertaqwa kepada Allah Taala sebagaimana firman-Nya (al-Quran, al-A’raf,7:96) mafhumnya:
“Jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), lalu Kami seksa mereka kerana apa yang telah mereka lakukan.”

3.      Syukur dan zikrullah

Menurut Imam al-Ghazali r.a., syukur adalah cermin kepada keimanan seseorang dan ia terhasil melalui tiga komponen iaitu ilmu, keadaan dan amalan. Ilmu ialah mengenal segala nikmat pemberian Allah.  Keadaan ialah menimbulkan rasa suka dan senang terhadap nikmat tersebut.  Manakala amalan pula ialah menggunakan nikmat tersebut bagi tujuan melaksanakan segala perintah Allah (al-makruf ) dan menolak segala larangan-Nya (al-Mungkar).

Al-Quran sering menggandingkan syukur dengan zikrullah. Kerana syukur menjadi tanda zikrullah dan hanya mereka yang zikrullah sahaja yang tahu bersyukur.  Firman Allah (al-Quran, al-Baqarah,2:152) mafhumnya:
“Maka ingatilah Aku nescaya aku mengingatimu, dan bersyukurlah  atas nikmat-Ku dan jangan sekali-kali kamu kufur.”

Allah menjanjikan kebaikan bagi mereka yang bersyukur dan mengancam dengan azab yang pedih bagi mereka yang tidak mahu bersyukur.  Firman Allah (al-Quran, Ibrahim,14:7) mafhumnya:
“Jika kamu bersyukur Aku akan tambahkan nikmat-Ku dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”

Dan firman Allah (al-Quran, al-Nisa’,4:147) mafhumnya:
“Mengapa Allah akan menyeksa kamu sekalian jika sekiranya kamu bersyukur dan beriman.”

4.      Tazkiyah

Tazkiyah atau pembersihan peribadi merupakan satu ciri yang penting golongan yang memperolehi kemenangan.  Sebab itu, ianya menjadi missi utama pengutusan Rasulullah saw. malah ia menjadi tujuan dan buah dari risalah yang dibawa baginda. Allah berfirman (al-Quran, al-Jumuah,62:2) mafhumnya:
Dia-lah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, membersihkan mereka dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah.  Sedangkan mereka sebelumnya benar-benar berada di dalam kesesatan yang nyata.”

Tazkiyah ialah mensucikan jiwa dan memperelokkan peribadi dari segala sifat-sifat kotor dan buruk.  Jiwa yang suci ialah yang baik lagi suci dari sifat-sifat buruk seperti tipu daya, hasad dengki, zalim, iri hati, fasiq, bakhil, tamak dan lain-lain.  Allah Taala telah bersumpah dengan kebaikan dan kemenangan (al-falah) kepada mereka yang mensucikan jiwa mereka dari kekotoran-kekotoran yang disebutkan itu.  Firman Allah (al-Quran, al-Syams,91:7-10) mafhumnya:
“Demi jiwa serta penyempurnaannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan.  Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.  Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”

Menurut perspektif Islam tazkiyah merupakan suatu perkara yang amat penting sehingga setiap ibadat yang disyariatkan adalah untuk menghasilkan peribadi yang baik dan jiwa yang bersih yang dengannya akan tercapai al-Falah. Ibadat sembahyang yang menjadi tiang agama mempunyai tujuan yang jelas ke arah itu iaitu supaya dengannya tercegahlah segala yang fahsya’ (keji) dan al-munkar (yang jahat dan dibenci).  Ibadat puasa pula dapat membersihkan jiwa manusia dari sifat kehaiwanan yang hanya pentingkan makan dan minum serta kehidupan hedonisme (hidup untuk berseronok-seronok) semata-mata, menimbulkan rasa  simpati pada penderitaan fakir miskin dan melahirkan sifat pemurah dalam diri mereka yang berpuasa. Demikian juga dengan zakat yang selain dari membersihkan diri dari sifat tamak, haloba dan kikir ianya juga secara langsung akan membersihkan harta benda daripada bercampur aduk dengan hak manusia lain seperti fakir miskin anak yatim dan lain-lain.  Sementara itu ibadat haji pula dapat membersihkan jiwa manusia dari sifat-sifat takabbur, dan berat tulang untuk mengerjakan ibadat kepada sifat-sifat rendah diri, tawadhu dan merasakan tiada yang lebih tinggi melainkan Allah Taala.

Sebenarnya tidak ada kemenangan yang sejati melainkan apabila manusia memperolehi pengisytiharan dan jemputan dari Allah bahawa manusia itu layak diketogorikan sebagai golongan hamba-Nya dan layak untuk memasuki syurga-Nya.  Allah berfirman, (al-Quran, al-fajr,89:27-30) mafhumnya:
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhan-mu dengan hati yang puas lagi diredhai.  Masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”



5.      Menyuruh melakukan yang baik dan mencegah dari yang mungkar

Di antara tanggungjawab penting orang yang beriman ialah menyuruh melakukan yang baik (al-amr bi al-Ma’ruf) dan mencegah segala kemungkaran (al-Nahy  ‘an al-munkar).  Malahan perlaksanaan amar makruf dan nahi mungkar itu termasuk di antara ciri orang yang beriman dan syarat untuk mereka mencapai kemenangan dan kebahagiaan.  Di dalam al-Quran kita mendapati banyak sekali ayat-ayat yang menyentuh persoalan tersebut.  Demikian juga dengan hadith-hadith Rasulullah saw. Ada ayat yang menyebut kewajipan melakukan amar makruf dan nahi mungkar, ada ayat yang menghubungkan perlaksanaan tugas tersebut dengan ciri mukmin sejati dan ada ayat yang menjadikan ia sebagai syarat keimanan dan kemenangan seseorang di dunia dan akhirat. Allah berfirman (al-Quran, ali Imran,3:110) mafhumnya:
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan dari kalangan manusia, kerana kamu menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah dari yang mengkar, di samping kamu beriman kepada Allah.”

Pentingnya perlaksanaan amar makruf dan nahi mungkar ialah kerana Islam memandang bahawa selagi kekufuran dan kemungkaran berleluasa di muka bumi, selama itulah akidah dan syariat Islamiah tidak selama. Kerana pertentangan antara iman dan kufur tidak pernah pudar.  Kekufuran tidak akan berdiam diri untuk memesongkan mereka yang beriman dari jalan kebenaran.  Demikian juga apabila berleluasanya kemungkaran di kalangan kita sehingga kemungkaran tersebut mampu membentuk dan mencorak suasana (bi’at), akan membawa pengaruh yang besar kepada masyarakat Islam khususnya yang lemah iman mereka sehingga menjadikan mereka terikut-ikut dengan budaya mungkar tersebut.  Oleh sebab itu Rasulullah dengan tegas mengarahkan:
“Barang siapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah dengan lisan, dan jika tidak mampu hendaklah dengan hati. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw mengingatkan akibat dari umat mengabaikan tanggungjawab tersebut sehingga menyebabkan kemungkaran boleh berlaku secara berleluasa maka pada saat itu bala dari Allah akan berlaku dengan segera.  Sabda Rasulullah saw. (diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Ibn Umar r.a.) mafhumnya:
“Wahai kaum Muhajirin, lima maksiat yang mengundang lima bencana iaitu:
i.                    Tiada zahir penzinaan pada satu kaum sehingga  berlaku secara terang-terangan,  kecuali mereka akan ditimpakan penyakit taun serta penyakit-penyakit yang belum pernah berlaku kepada umat sebelum ini.
ii.                  Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki serta berlaku kezaliman dari kalangan pemimpin ke atas mereka.
iii.                Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali Allah menahan hujan dari langit sehingga jika tiada binatang tentunya mereka tidak diberi hujan oleh Allah sedikitpun.
iv.                 Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah menguasakan ke atas mereka musuh mereka. Maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
v.                   Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung di dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan maka di saat itu Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sesama sendiri.

Hadith di atas dengan jelas menyebut implikasi langsung dari pengabaian umat dari tanggungjawab mengislahkan masyarakat yang mengakibatkan berlaku bala sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Bala secara langsung ialah seperti merebaknya wabak penyakit, kemarau yang panjang, kesukaran mencari rezeki, kezaliman yang menimpa mereka atau keadaan tidak aman yang disebabkan oleh peperangan, pertumpahan darah dan sebagainya.  Manakala bala yang tidak langsung ialah akan berlakunya hakisan terhadap nilai-nilai murni dan kebaikan di dalam masyarakat sehingga mereka akan memandang yang baik itu sebagai asing manakala yang buruk pula sebagai baik dan digemari lantaran ianya sudah menjadi perkara biasa.

Oleh yang demikian al-Quran sebagai kitab petunjuk dan cahaya rahmat menyarankan manusia supaya melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar ke atas setiap individu mukmin dan muslim, sekaligus menganggap bahawa tugas tersebut sebagai syarat pencapaian kemenangan mereka di dunia dan di akhirat. Firman Allah (al-Quran, ali Imran,3:104):
“Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan, menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.”

6.      Muhasabah sebagai mekanisme menuju al-falah

Di samping syarat-syarat yang dinyatakan di atas, seseorang yang berusaha meletakkan dirinya di atas landasan menuju al-Falah haruslah juga melaksanakan satu program yang berterusan yang dapat memastikan kenderaan mereka tidak lari dari landasannya. Ianya dinamakan sebagai muhasabah atau menilai dan mengkritik diri sendiri bagi tujuan mencari segala kekurangan diri dan menampalnya dengan sifat-sifat yang baik dan terpuji.

Imam al-Ghazali r.a menjelaskan bahawa tidak seorang pun akan selamat dari lembah al-khusran melainkan dengan cara sentiasa menghisab diri terhadap apa yang kita kerjakan sehari-hari selama mana kita berada di muka bumi ini.  Saidina Umar al-Khattab pernah berpesan kepada para sahabat r.a, katanya: Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab (di hari akhirat).

Sesungguhnya manusia seluruhnya sedang dalam perniagaan yang terikat kepada implikasi untung atau rugi. Modal bagi perniagaan seseorang ialah umur yang dianugerahkan Tuhan. Justeru itu untuk memastikan kita memperolehi keuntungan dalam perniagaan kita ialah dengan  cara menggunakan modal tersebut sebaik mungkin.  Dengan mengingatkan betapa sedikitnya baki modal yang ada pada kita membuatkan kita akan menggunakannya dengan penuh berhemat iaitu tidak membuang masa tanpa mengisi sebarang aktiviti dan tidak pula kita mengisi dengan aktiviti yang lagha yang pastinya tidak memberi pulangan yang baik terhadap modal yang dikeluarkan.


Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa mereka yang mencapai al-falah ialah yang mendapat keredhaan Allah sementara kemurkaan Allah pula mengakibatkan mereka menerima al-khusran.


 Oleh: Wan Ali Wan Jusoh

Kursus Pengurusan Dan Perkhidmatan UTM, Kuala Lumpur (Majalah Kartika)