I made this widget at MyFlashFetish.com.

Photobucket

Search This Blog

Wednesday 6 April 2011

MASJID UTHM HAMPIR SIAP


Firman Allah SWT:

Maksudnya :
"Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) kekufuran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), lebih patut engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan ( mensucikan ) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)" (Surah At-Taubah: ayat 107-108)

Selepas selesai dalam misi peperangan di Tabuk maka Rasulullah s.a.w telah dijemput oleh golongan munafik untuk merasmikan sebuah masjid yang di bina oleh mereka yang digelar oleh Allah sebagai masjid Dhirar. Masjid ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam ayat 107 surah at-Taubah. Terdapat 4 ciri buruk yang membezakannya daripada masjid yang dibina atas asas taqwa seperti Masjid Quba’. Ciri pertama yang ada pada masjid Dhirar ialah mendatangkan kemudharatan terhadap ummah, kedua untuk mengkufurkan kaum muslimin, ketiga untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam dan keempat ia menjadi pusat intipan untuk memerangi Allah dan rasulNya.

Cuba kita bayangkan bagaimana jahatnya golongan munafik di mana sanggup mempergunakan masjid untuk kepentingan mereka bukannya untuk memperkasakan lagi kekuatan umat Islam dalam mengembangkan dakwahnya yang suci melalui masjid sebagaimana sepatutnya. Jika masjid yang dibina bukan atas taqwa serta mendatangkan keburukan kepada umat Islam telah diarahkan agar diruntuhkan oleh Allah lalu dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w apatah lagi tempat yang lain yang dibina untuk menghancurkan kekuatan umat Islam serta menjadi tempat untuk melakukan maksiat kepada Allah seperti kelab malam, pusat judi, kedai arak maka ia lebih utama untuk diruntuhkan. Cuma cara meruntuhkan tempat sarang maksiat ini mengikut kebijaksanaan pemerintah samada meruntuhkan bangunan atau melalui tindakan undang-undang dan perlesenan yang ketat. Tempat maksiat yang melawan arahan dan larangan Allah ini tidak boleh dibiarkan merebak kerana ia akan merosakkan masyarakat seterusnya menggugat kestabilan negara.
Amat malang apabila masjid hari ini begitu dikawal ketat lebih daripada pusat maksiat sehingga ia banyak memberi kesan kepada pembinaan insan itu sendiri. Ada juga masjid yang hanya terkenal sebagai tempat pelancongan untuk dilihat kecantikan seni binanya sedangkan pengisian untuk menghidupkannya begitu terhad. Malah ada yang bertindak lebih rakus dengan meletakkan kamera dan alat perakam untuk mengintip majlis yang ada dalam masjid sehingga ia dianggap bagaikan sarang yang melahirkan pengganas sedangkan pusat maksiat yang lain dibiarkan bebas dan tidak dikawal begitu ketat.
“Kita ingat kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaki yang bermaksud : Akan datang suatu zaman di mana tidak tersisa daripada Islam kecuali tinggal namanya sahaja. Tidak tersisa daripada al-Quran kecuali tulisannya. Masjid-masjid mereka megah dan cantik tetapi jauh daripada petunjuk Allah…..”

Oleh itu kita janganlah menjadikan masjid berperanan sebagaimana masjid Dhirar malah kita hendaklah menghidupkannya dengan majlis ilmu dan program yang dapat menyemarakkan lagi kehebatan Islam dan umatnya. Jangan liar dan jauh daripada masjid sehingga kita dijauhkan daripada mendapat rahmat daripada Allah. Jadikan masjid sebagai pusat yang membangkitkan lagi semangat persaudaraan dan semangat jihad dalam mengembalikan semula kegemilangan Islam.
Firman Allah SWT:

"Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka kecuali bila hati mereka telah hancur. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Surah al-Taubah: ayat 109-110
)

Sumber: Web Darulululm

No comments:

Post a Comment