I made this widget at MyFlashFetish.com.

Photobucket

Search This Blog

Saturday, 24 December 2011

"12 BARISAN"


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian  datang berbaris-baris " Surah an-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.  Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KEDUA
diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah  neraka..."
 
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka  inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka..."
 


BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru  sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KESEPULUH
D
iring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi  mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
 
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....
 
Wallahua'alam.



"Muhasabah Diri"

Awak tgk orang kwin (muda) ,awk pon tringin kwin muda atau lebih tepat ingin kwin cepat..
Awak ada hajat penting,awk nak sangat2 Allah cepat makbulkan..
Tapi sedarkah kalian,semuanya kita nak..nak..nak cepat dari Allah?
Tak salah untuk kwin dan mempunyai zuriat tetapi mari kita "CHECK" in diri sikit..

...Bilamana Allah memanggilmu untuk solat,adakah dirimu cepat2 prgi mengadapNya?Adakah solat di awl waktu?Atau berlengah2 melayan FB?

Bilamana Allah menunggumu untuk mendengar hajatmu di sepertiga malam, adakah dirimu bangun bertemuNya?

Bilamana Allah membenci perbuatan maksiatmu, adakah kamu meninggalkannya?

Bilamana Allah cintakan amalan sunat, adakah dirimu berusaha melakukannya?

Bilamana Allah memerintahkanmu agar menutup aurat,adakah kamu mematuhinya?

WALHAL,kamu memerlukanNYA...Tetapi kamu sendiri yang melanggar perintahNya
Mari kita muhasabah diri balik...

Sepanjang hidup kita selama bertahun2 di muka bumi Allah ini,pernah tk kita tinggalkan solat?Kalau tk pernah,syukur alhamdulillah..:-)

Tetapi,pernah tk kita lengah2kan solat? SOLAT SUBUH kita pukul berapa?
Masuk organisasi Islam, tetapi solat Subuh pukul 6.55 pg
Errr..mcm mana ni ??? (tp tk semua,nti sy kena marah plak)

Sepanjang hayat kita ini,pernah tk sekali bangun bertahajud pada Allah?pernah tk sekali?
Alhamdulillah dan tahniah pada anda semua yang sentiasa melakukan tahajud
Itu tandanya "ROH" anda sihat dan kuat..:-)

Sepanjang hayat kita ini,hanya Allah dan kita saja yang tahu apa dosa yang pernah kita lakukan..
Sudahkah dirimu bertaubat dengan taubat Nasuha?
Atau bertaubat kemudian buat balik dan bertaubat semula?

Dalam solat kita sudah berjanji pada Allah..
Apa yang kita janji?
"Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanya kepada Allah"

Kalau macam tu,kenapa masih lagi tidak menutup aurat?
Bahkan sudah menjadi "TREND" di IPT untuk tidak memakai tudung dan mempunyai kumpulan tersendiri
Masa zaman persekolahan, pakai tudung..bila masuk IPT?TUDUNG?
OOO...Tudung tertinggal kt kampung kot....

Ayuh saudaraku sekalian, Allah itu Maha Baik
Allah amat menyayangimu...
Usah dikejar cinta yang tidak pasti
Andai sudah sampai waktunya, dan bilamana Allah menghendaki
YAKINLAH...PASTI TERJADI
Cuma yg pling pnting ,jagalah HUBUNGANMU DENGAN KEKASIHMU IAITU ALLAH...

wallahualam.....

Thursday, 24 November 2011

Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling cool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?

jeng, jeng,jeng....hihi
...jawapanya senang je...
Dia adalah LELAKI YANG MAMPU MENJADI IMAM..

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi lelaki yang cool, paling macho, paling tampan dan hebat adalah hanya kerna dia mampu jadi Imam!

Lelaki adalah PEMIMPIN kepada keluarga. Lelaki yang mampu menjadi Imam kepada keluarganya bukan sahaja akan berusaha gigih membentuk diri sebagai seorang mukmin yang sejati, tetapi beliau juga tidak akan lupa untuk membawa keluarganya ke gerbang kejayaan hakiki..iaitu SYURGA! ~~~

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”

(Surah al-Furqan ayat 74)

So,kaum Adam diluar sana..sila lah sahut cabaran ini untuk menjadi lelaki paling cool dan macho! yeah! you can do it! hihi..
"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni ku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."
 

Tuesday, 15 November 2011

"Nilai Seorang wanita Solehah"


             Jadilah seorang wanita solehah, Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya, Matanya kepenatan kerana membaca Al-Qur'an, Suaranya lesu kerana penat berzikir, Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan, Bangunnya Subuh penuh kesigapan.
Kerana dia sadar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia. Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.. Jadilah seorang wanita solehah. Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, Kerana dia mengimpikan syurga Allah.. Insya Allah..

Jadilah kamu wanita yang hebat, dunia akhirat, penyeri keluarga, akal biarpun senipis helaian rambut, bekalkan lah ia,penuhilah ia penuh ilmu agama, muslimah solehah penyeri keluarga, penyeri hidup si kaum adam, hebat kan diri mu dangan pelbagai pekara, biar di dalam dada mu penuh dengan kalam Allah, wahai an nisaa’ biarpun kamu menjadi pandangan, perhatian ramai lelaki, jadilah kamu muslimah yang dapat merendah kan padangan adam kepada mu kerana kemuliaan yang ada pada mu, supaya pandangan mereka mengingati PENCIPTA mu wahai an nisaa’.

Sebaik hiasan di dunia adalah wanita solehah, kejadian mu dari adam dengan penuh rahsia, hanya Allah tahu kelebihan yang ada pada mu, hawa jadi lah kamu muslimah solehah, mukminah, yang mendamba kan cinta Allah, yang sentiasa memburu syahid di jalan Nya, wahai muslimah, jadi lah kamu ketua bidadari di syurga kelak, hebat kan diri mu sampai membuat kan bidadari di syurga cemburu akan kemuliaan yang ada pada mu wahai muslimah. wallahualam..

Wednesday, 26 October 2011

" Seseorang sedang menungguku "

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..(T__T)

"orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung munajab dan doa kamu"..subhanallah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..

aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bagi brtemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sntiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapt brtemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mngimpiknmu mnjadi zauj"..amin ya rabbi..

ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati..

aku yg jahil : apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?

qolbi : 
seseorang yang soleh pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi solehah.

aku yang jahil : masya Allah, astaghfirullah...apakah dia masih setia menunggu aku?

qolbi : segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..apakah aku kini masih berpeluang utk dlm menerima lamarannya?

qolbi : sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi?

qolbi : bukan kamu yang memutuskan apakah kamu solehah atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi solehah, bukan membuat keputusan yang kamu solehah..selagi mana kamu memikirkan apakah aku solehah atau tidak, maka selagi itu lah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, apakah aku dapat mendapat adam yang rajin beramal ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T

aku yang jahil : subhanallah..apakah boleh aku niat dihati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang soleh?

qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui dari mu apakah amalan mu itu diterima atau tidak atau bagaimana...tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya..bukan mempersoalkannya..

aku yang jahil :
 astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...
qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamanya..

aku yang jahil : astaghfirullah..syukri fillah...

wallahua'lam..

"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..



"andai kehadiran insan yang bergelar zauj menyebabkan aku semakin jauh dengan-Mu, maka usah hadirkan ia kepadaku ya Allah, aku tidak sanggup untuk menukar cinta kepada-Mu dengan cinta kepada makhluk-Mu"..astaghfirullah..(T__T)

Tuesday, 25 October 2011

~Ibadah Haji~


Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami dan beliau bersabda, 'Wahai segenap manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji atas kalian, maka berhajilah.' Seorang berkata, 'Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun?' Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali. Maka Rasulullah saw. bersabda, 'Jika saya mengatakan 'ya' berarti menjadi wajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya.' Kemudian baginda bersabda, 'Laksanakanlah apa yang telah kuperintahkan kepada kalian. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kalian ialah karena mereka banyak bertanya kepada nabinya. Apabila aku menyuruh kalian melakukan sesuatu, maka kerjakanlah semampu kalian, dan jika aku melarang kalian melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia'" (HR Muslim)

Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa hendak melaksanakan haji, hendaklah segera dia lakukan, kerana terkadang seorang itu akan sakit, binatang kendaraannya hilang dan adanya suatu perkara yang menghalang.” (HR. Ibnu Majah dalam Shahih Ibnu Majah, no. 2331)

Dari Ibnu Abbas, dia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Bersegeralah melakukan haji (yaitu haji yang fardhu) karena kalian tidak tahu apa yang akan menimpa diri kalian." (HR Ahmad)

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke Baitullah) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan dan cerok rantau yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana kurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban, dengan yang demikian makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” (Al Hajj : 27 - 28)

Allah berfirman: “…Ibadah haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Sesiapa mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesuatu dari seluruh alam.” (Ali-Imran: 97)



لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَلَكَ
Labbai kallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak


Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu
yang tiada sekutu bagi-Mu

wallahualam...