I made this widget at MyFlashFetish.com.

Photobucket

Search This Blog

Monday, 6 June 2011

Walimah Kakakku dan Sahabat UTHM

Barakallahulakuma bikhoir buat kakakku dan pasangannya Mohd Afzanizam bin Ismail dan tidak lupa jugak buat sahabat-sahabatku
yang melangsungkan walimah terutama kepada abg syukri dan kak azira, abg pali dan kak zulaikha dan abg muhaimin dan kak roslina dan abg shadan dan kak nur haslina.
Tahniah! semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..amin insyaallah.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Abg Afzanizam dan Kak Shashina

di Kedah Darul Aman


1 Jun 2011 (Rabu)

di Terengganu Darul Iman

4 Jun 2011 (Sabtu)

Abg Syukri dan Kak Azira
4 Jun 2011 (Sabtu)

Abg Muhaimin dan Kak Roslina
4 Jun 2011 (Sabtu)

Abg Pali dan Kak Zulaikha
4 Jun 2011 (Sabtu)

Abg Shadan dan Kak NurHaslina
5 Jun 2011 (Sabtu)

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Friday, 22 April 2011

Pesanan Semasa Mendengar Azan



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hamper ajal tidak dapat berkata apa-apa....lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

wallahualam...

Duhai Insan Bergelar Muslimah


Perempuan yang suci dan cantik adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya.Kerna Allah terlalu mencintainya.

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,dimanakah Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya.

Mengapa masih ragu-ragu?Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.Hargailah diatas kesempatan yang Allah berikan."

Oleh itu, Jadilah muslimah yang solehah kerana lelaki yang soleh sentiasa mencari muslimah yang solehah..

wallahualam...