Sunday, 24 April 2011
Friday, 22 April 2011
Pesanan Semasa Mendengar Azan
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hamper ajal tidak dapat berkata apa-apa....lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
wallahualam...
Duhai Insan Bergelar Muslimah
Perempuan yang suci dan cantik adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya.Kerna Allah terlalu mencintainya.
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,dimanakah Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya.
Mengapa masih ragu-ragu?Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.Hargailah diatas kesempatan yang Allah berikan."
Oleh itu, Jadilah muslimah yang solehah kerana lelaki yang soleh sentiasa mencari muslimah yang solehah..
wallahualam...
Kejayaan seseorang
“Kejayaan dalam hidup seseorang pelu hadir dengan hidayah dan ilmu. Ilmu pula perlu diamalkan dengan ikhlas dan istiqamah (berterusan) . Matlamat perlu jelas dan kita kena sedia berubah untuk berjaya.”
Ramai orang masih belum berjaya kerana kurang ada gabungan hidayah dan ilmu. Hidayah, maksudnya kita kenal siapa Tuhannya dan dia tahu sebenar-benar tahu yang keberhasilan usahanya bergantung pada keizinan Tuhan. Bak kata pepatah, Kita hanya mampu merancang,tapi Tuhan yang menentukan segalanya.
wallahualam...
Subscribe to:
Posts (Atom)


