I made this widget at MyFlashFetish.com.

Photobucket

Search This Blog

Thursday, 24 November 2011

Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling cool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?

jeng, jeng,jeng....hihi
...jawapanya senang je...
Dia adalah LELAKI YANG MAMPU MENJADI IMAM..

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi lelaki yang cool, paling macho, paling tampan dan hebat adalah hanya kerna dia mampu jadi Imam!

Lelaki adalah PEMIMPIN kepada keluarga. Lelaki yang mampu menjadi Imam kepada keluarganya bukan sahaja akan berusaha gigih membentuk diri sebagai seorang mukmin yang sejati, tetapi beliau juga tidak akan lupa untuk membawa keluarganya ke gerbang kejayaan hakiki..iaitu SYURGA! ~~~

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”

(Surah al-Furqan ayat 74)

So,kaum Adam diluar sana..sila lah sahut cabaran ini untuk menjadi lelaki paling cool dan macho! yeah! you can do it! hihi..
"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni ku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."
 

Tuesday, 15 November 2011

"Nilai Seorang wanita Solehah"


             Jadilah seorang wanita solehah, Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya, Matanya kepenatan kerana membaca Al-Qur'an, Suaranya lesu kerana penat berzikir, Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan, Bangunnya Subuh penuh kesigapan.
Kerana dia sadar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia. Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.. Jadilah seorang wanita solehah. Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, Kerana dia mengimpikan syurga Allah.. Insya Allah..

Jadilah kamu wanita yang hebat, dunia akhirat, penyeri keluarga, akal biarpun senipis helaian rambut, bekalkan lah ia,penuhilah ia penuh ilmu agama, muslimah solehah penyeri keluarga, penyeri hidup si kaum adam, hebat kan diri mu dangan pelbagai pekara, biar di dalam dada mu penuh dengan kalam Allah, wahai an nisaa’ biarpun kamu menjadi pandangan, perhatian ramai lelaki, jadilah kamu muslimah yang dapat merendah kan padangan adam kepada mu kerana kemuliaan yang ada pada mu, supaya pandangan mereka mengingati PENCIPTA mu wahai an nisaa’.

Sebaik hiasan di dunia adalah wanita solehah, kejadian mu dari adam dengan penuh rahsia, hanya Allah tahu kelebihan yang ada pada mu, hawa jadi lah kamu muslimah solehah, mukminah, yang mendamba kan cinta Allah, yang sentiasa memburu syahid di jalan Nya, wahai muslimah, jadi lah kamu ketua bidadari di syurga kelak, hebat kan diri mu sampai membuat kan bidadari di syurga cemburu akan kemuliaan yang ada pada mu wahai muslimah. wallahualam..